Wednesday, March 16, 2011

Pengumuman.

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Mengenalpasti Bakat (TID), Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) telah bertukar nama kepada Cawangan Penggalakan Sukan dan Pembangunan Atlet atau lebih dikenali sebagai Cawangan SPADE (Sports Promotion And Athletes Development) berkuatkuasa serta merta seperti yang telah diputuskan melalui Mesyuarat Pengarah - Pengarah ISN Bil. 1/2011 bertarikh 4 Januari 2011. Petukaran nama ini adalah sejajar dengan perkembangan fungsi dan penambahan bidang tugas Cawangan SPADE.

Cawangan SPADE bukan sahaja mencungkil bakat - bakat baru di seluruh negara dan pembangunan atlet muda melalui Program Asasi Atlet Multi Lateral, malah memberi tumpuan kepada pembangunan sukan kepada kanak - kanak seawal usia lima tahun. Aspek kecergasan dan mempromosi gaya hidup bersukan untuk setiap peringkat umur adalah sebahagian objektif Cawangan SPADE.

PERANAN
• Memperluaskan tapak penyertaan bakat - bakat baru seawal umur lima tahun yang berpontensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti.

• Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenal pasti bakat yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri, Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Negeri / Daerah, Majlis Sukan Negeri dan Kelab Sukan Komuniti di seluruh Malaysia.

• Membentuk norma kecergasan atlet yang berpotensi (bakat – bakat baru) mengikut kategori umur di seluruh Malaysia.

VISI
Mengenal pasti bakat – bakat baru yang berpotensi di seluruh negara.

MISI
Menguji dan mengenal pasti bakat - bakat baru yang berpotensi di seluruh negara melalui Program Tunas Gemilang, Program Cari Juara, Program Asasi Atlet Multi Lateral serta Program Penggalakan Sukan secara berterusan.

OBJEKTIF UTAMA
1 ) Memperluaskan tapak penyertaan bakat - bakat baru seawal umur lima tahun yang berpontensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti melalui program – program seperti :

i ) TID Am ( awalan, pertengahan, akhir)
ii ) Tunas Gemilang
iii ) Cari Juara (Sukan Spesifik)
iv ) Program Asasi Atlet Multi Lateral
(Latihan Pembangunan Asas Kemahiran Sukan)
v ) Penggalakan Sukan

2 ) Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenal pasti bakat yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, MSSM / Negeri / Daerah /Sekolah, Majlis Sukan Negeri dan Kelab Sukan Komuniti seluruh Malaysia.

3 ) Menjalankan kursus – kursus di peringkat negeri dan kebangsaan untuk jurulatih dan penguji dalam bidang pengukuran dan penilaian serta menguji atlet baru mengikut protokol pengendalian ujian.

4 ) Mewujudkan minat dan budaya bersukan secara berterusan melalui Program Penggalakan Sukan.

5) Menganalisis data peserta program dan menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional.


PERKHIDMATAN

1. UNIT MENGENALPASTI BAKAT
• Ujian Tunas Gemilang
• Ujian TID Am
• Ujian Cari Juara ( TID Spesifik)
• Ujian Intermediate TID


2. UNIT SUKAN MUDA
• Program Asasi Atlet Multi Lateral (Latihan Pembangunan Asas Kemahiran Sukan)


3. UNIT PENGGALAKAN SUKAN

Pameran dan promosi sukan


4. UNIT DATA DAN STATISTIK
• Menganalisis data peserta program.
• Menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional.

Monday, February 7, 2011

TAHUN BARU MISI BARU 2011

Jumaat 14 JANUARI 2011
BENGKEL MANUAL ASAS SUKAN SPESIFIK (DIBAHSUAI)SUKAN MUDA (PROGRAM ASASI ATLET MELALUI MULTILATERAL)

Unit Sukan muda, Cawangan SPADE(TID)dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Bengkel Manual Asas Sukan Spesifik (diubahsuai) Sukan Muda melalui program Multilateral pada 10-14 Januari 2011 bertempat di Pusat Satelit ISN Melaka, Stadium Hang Jebat, Melaka.

Bengkel ini melibatkan seramai 4 orang Panel Jurulatih Program Asasi Atlet melalui Multilateral bagi sukan yang terpilih. Bengkel ini adalah bertujuan untuk menghasilkan buku manual bagi sukan spesifik (diubahsuai).Manual yang telah siap dihasilkan adalah bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan oleh Intruktur dan Fasilitator Sukan Muda dalam melatih pelajar-pelajar dalam Program Asasi Atlet melalui Multilateral di pusat-pusat yang terlibat. Di antara sukan-sukan yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada sukan Memanah, Hoki, Bola Sepak dan Olahraga.



7 FEB 2011
PROGRAM HOKI I MAS DI SELURUH MALAYSIA

Cawangan SPADE (TID), Institut Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Hoki Malaysia melalui Projek Hoki I MAS di seluruh Malaysia telah mengadakan ujian kecergasan "Cari Juara" kepada semua atlet di setiap pusat latihan Hoki I MAS di seluruh negara. Program ini akan bermula dari 21 Januari 2011 sehingga 19 Februari 2011. Ujian kecergasan ini adalah bertujuan untuk menilai dan memantau tahap kecergasan atlet-atlet hoki di bawah pusat latihan tersebut.

Program Hoki 1 MAS ini dibahagikan kepada 3 kumpulan (A,B,& C).Program ini merangkumi 3 zon iaitu zon utara, zon selatan dan zon timur. Projek 1 MAS mempunyai 14 buah pusat latihan seluruh Malaysia.

KUMPULAN A (Zon Utara)
PERLIS - PADANG HOKI KANGAR (24/1/2011 @2.00-7.30 petang)
PULAU PINANG - SEKOLAH MENENGAH MUTIARA IMPIAN (25/1/2011 @2.00-7.30 petang)
PERAK - STADIUM SULTAN AZLAN SHAH,IPOH (28/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
KEDAH - STADIUM HOKI MPSK, SUNGAI PETANI (29/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
SABAH - STADIUM HOKI LIKAS,KK (19/2/2011 @ 2.00-6.30 petang)

KUMPULAN B (Zon Selatan)
KUALA LUMPUR - STADIUM HOKI KL (22/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
TERENGGANU - STADIUM HOKI MBKT,KUALA TERENGGANU (26/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
KELANTAN - PADANG HOKI KOTA BHARU (28/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)

KUMPULAN C (Zon Timur)
JOHOR - STADIUM HOKI MBJB,JALAN TEBRAU (22/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
MELAKA - STADIUM HOKI MBMB, BUKIT SERINDIT (24/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
NEGERI SEMBILAN - PADANG HOKI TAMPIN,SMK TUNKU BESAR (25/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
SELANGOR - STADIUM PANDAMARAN,KLANG (29/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
SARAWAK - STADIUM HOKI SARAWAK,KUCHING (12/2/2011 @ 2.00-7.30 petang)