Tuesday, March 23, 2010

KEM SUKAN MUDA KEBANGSAAN-SARAWAK 2010

Muat Naik Oleh: Ahmad Ashriq Aman

Oleh: FIRDAUS BIN MOHD SUBBIAN
Firdaussubbian@isn.gov.my

Kem Sukan Muda Kebangsaan-Sarawak 2010 ini telah diadakan pada 15 Mac 2010 -18 Mac 2010. Kem ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang amat baik daripada semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Cawangan Pusat Satelit ISN Sarawak, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, fasilitator, instruktor dan guru-guru pengiring.
Seramai 60 orang murid daripada empat buah sekolah telah hadir dalam program ini. Empat buah sekolah di Sarawak yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sekolah Kebangsaan Sungai UD, Sekolah Kebangsaan Siang-siang dan Sekolah Kebangsaan Abang Man. Pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan ujian Tunas Gemilang- Multilateral 2008.
Antara sukan-sukan yang terlibat di dalam kem tersebut ialah bola sepak, memanah dan hoki. Kem Sukan Muda kebangsaan negeri Sarawak diadakan bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran sukan serta sains sukan kepada kanak-kanak yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.
Diharap pendedahan kem ini dapat memberi pengatahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar disamping dapat menghasilkan bakat-bakat yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.

“ 1 BELIA 1 MALAYSIA ”.


Aktiviti:








Perasmian Oleh Dato' KP ISN:








Wednesday, February 10, 2010

KURSUS PENGUJI TID ISN-YAKEB 2010

Pada 5 hingga 7 Febuari 2010 yang lalu, Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN dan Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) telah mengadakan Kursus Penguji TID ISN-YAKEB kepada bekas-bekas atlit kebangsaan dan seramai 55 orang peserta telah terlibat di dalam program ini. Kursus ini juga bertujuan untuk melantik bekas-bekas atlit kebangsaan ini menjadi penguji TID bagi program yang melibatkan program-program TID Cawangan Mengenalpasti Bakat pada masa akan datang.
Ramai peserta kursus ini adalah bekas atlit dari era lewat 50'an sehinggalah era 90'an. Disamping itu juga, pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat dapat berjumpa dengan bekas atlit yang rata-ratanya tidak dikenali tetapi mempunyai banyak rekod di kejohanan luar negara. Pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN berharap program ini akan mempunyai kesinambungan untuk mencari bakat-bakat baru dalam semua bidang sukan pada masa akan datang.











Ini adalah diantara taklimat mengenai bateri ujian yang dijalankan kepada peserta

Monday, February 8, 2010

CARI JUARA GIMNASTIK DAN MEMANAH DI PAHANG

KUANTAN - Program Cari Juara memanah dan gimnastik Pahang telah diadakan pada 26- 27 januari 2010. SUKPA Kuantan Pahang telah menjadi lokasi ujian untuk pelajar-pelajar berumur diantara 6-15 tahun. Program ini adalah kerjasama diantara Cawangan Mengenalpasti Bakat Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Pahang. Bagi Cari Juara gimnastik, seramai 52 orang pelajar telah menghadiri ujian pada 26 Januari bersamaan hari selasa. Manakala esoknya, 155 orang pelajar telah menghadiri Ujian Cari Juara Memanah. Program ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang jitu dari kedua-dua pihak. Diharap Program Cari Juara ini dapat menghasilkan bakat-bakat baru pada masa hadapan.











Antara Bateri Ujian yang dijalankan untuk CJ Gimnastik









Antara Bateri Ujian yang dijalankan untuk CJ Memanah

Wednesday, January 20, 2010

Sorotan Program Juara Rakyat 2010

9 - 10 Januari 2010

Institut Sukan Negara Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan diberi kepercayaan untuk pameran sukan di Program Juara Rakyat 2010 bertempat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 - 10 Januari 2010 yang lalu.
Antara Cawangan/Bahagian yang terlibat adalah Pusat Pemakanan, Pusat Maklumat, Komunikasi Korporat, Pusat Biomekanik dan TID. Pameran ini berjaya menarik ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak yang ingin menceburi bidang sukan.