Saturday, June 5, 2010

Klinik Little Champs 5-7 Jun 2010

Institut Sukan Negara sekali lagi menganjurkan Klinik Little Champs dari 05 hingga 07 Jun 2010 di SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman, Pontian, Johor Darul Takzim.

Program Klinik Little Champs Pontian di adakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kemahiran asas sukan kepada kanak-kanak yang berusia di dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun di negeri seluruh Malaysia selaras dengan visi “Mengenalpasti Bakat-Bakat Baru Yang Berpotensi Seluruh Negara”.

Objektif utama klinik ini ialah untuk memperkenalkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sukan dari peringkat awal serta memberi pendedahan kemahiran asas sukan dan asas-asas sains sukan kepada mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, ia di harap dapat memupuk disiplin dan menanam serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan peserta dan juga kerjasama di antara mereka tanpa mengira kaum. Akhir sekali ialah untuk menggalakkan penglibatan dan sokongan daripada ibubapa yang aktif secara berterusan.

Setelah menguji dan menganalisa seramai 1,200 orang kanak-kanak dari enam buah sekolah di daerah Pontian, hanya 150 orang kanak-kanak terpilih untuk mengikuti Klinik Little Champs. Peserta terdiri daripada 72 orang perempuan dan 78 orang lelaki. Tiga jenis sukan akan terlibat dengan aktiviti klinik ini iaitu memanah, hoki dan bola sepak. Setiap sukan terdiri daripada 50 orang peserta dan akan di pantau oleh 12 orang fasilitator serta tenaga pengajar yang bertauliah.



Klinik Little Champs 2010
SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman
Jun 5-7, 2010



Program:-

Sabtu, 5 Jun, 2010
11:00am – 1:00pm Pendaftaran Peserta/Panel/Instruktur/Fasilitator
1:00pm – 02:00pm Makan Tengahari
2:00pm - 4.00pm Taklimat Peserta Panel/Instruktur/Fasilitator
4:00pm - 4:30pm Minum Petang & Solat
4:30pm - 6:30pm Sesi Suai Kenal

Sunday, 6 Jun 2010
8:00am - 9:00am Perhimpunan Pagi/Aerobik/Sarapan Pagi
9.00am - 9:45am Persediaan Sambutan Ketibaan tetamu Kehormat
10:00am – 2:00pm Majlis Pelancaran Klinik Little Champs
2:00pm - 4.00pm Sesi 1 – Bola Sepak, Memanah, Hoki
4:00pm - 4:30pm Minum Petang & Solat
4:30pm - 6:30pm Sesi 2 – Bola Sepak, Memanah, Hoki

Monday, 7 Jun 2010
8:00am - 9:00am Perhimpunan Pagi/Aerobik/Sarapan Pagi
9.00am - 9:45am Sesi 3 – Bola Sepak. Memanah, Hoki
10:30am – 11:00am Minum Pagi
11:00am - 1.00pm Sesi 4 – Bola Sepak, Memanah, Hoki
1:00pm - 2:00pm Makan Tengahari
2:00pm - 4:00pm Sesi 5 – Bola Sepak, Memanah, Hoki
4:00pm - 4:30pm Minum Petang & Solat
4:30pm - 6:30pm Sesi 6 – Bola Sepak, Memanah, Hoki

Tuesday, March 23, 2010

KEM SUKAN MUDA KEBANGSAAN-SARAWAK 2010

Muat Naik Oleh: Ahmad Ashriq Aman

Oleh: FIRDAUS BIN MOHD SUBBIAN
Firdaussubbian@isn.gov.my

Kem Sukan Muda Kebangsaan-Sarawak 2010 ini telah diadakan pada 15 Mac 2010 -18 Mac 2010. Kem ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang amat baik daripada semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Cawangan Pusat Satelit ISN Sarawak, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, fasilitator, instruktor dan guru-guru pengiring.
Seramai 60 orang murid daripada empat buah sekolah telah hadir dalam program ini. Empat buah sekolah di Sarawak yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sekolah Kebangsaan Sungai UD, Sekolah Kebangsaan Siang-siang dan Sekolah Kebangsaan Abang Man. Pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan ujian Tunas Gemilang- Multilateral 2008.
Antara sukan-sukan yang terlibat di dalam kem tersebut ialah bola sepak, memanah dan hoki. Kem Sukan Muda kebangsaan negeri Sarawak diadakan bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran sukan serta sains sukan kepada kanak-kanak yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.
Diharap pendedahan kem ini dapat memberi pengatahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar disamping dapat menghasilkan bakat-bakat yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.

“ 1 BELIA 1 MALAYSIA ”.


Aktiviti:








Perasmian Oleh Dato' KP ISN:








Wednesday, February 10, 2010

KURSUS PENGUJI TID ISN-YAKEB 2010

Pada 5 hingga 7 Febuari 2010 yang lalu, Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN dan Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) telah mengadakan Kursus Penguji TID ISN-YAKEB kepada bekas-bekas atlit kebangsaan dan seramai 55 orang peserta telah terlibat di dalam program ini. Kursus ini juga bertujuan untuk melantik bekas-bekas atlit kebangsaan ini menjadi penguji TID bagi program yang melibatkan program-program TID Cawangan Mengenalpasti Bakat pada masa akan datang.
Ramai peserta kursus ini adalah bekas atlit dari era lewat 50'an sehinggalah era 90'an. Disamping itu juga, pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat dapat berjumpa dengan bekas atlit yang rata-ratanya tidak dikenali tetapi mempunyai banyak rekod di kejohanan luar negara. Pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN berharap program ini akan mempunyai kesinambungan untuk mencari bakat-bakat baru dalam semua bidang sukan pada masa akan datang.











Ini adalah diantara taklimat mengenai bateri ujian yang dijalankan kepada peserta

Monday, February 8, 2010

CARI JUARA GIMNASTIK DAN MEMANAH DI PAHANG

KUANTAN - Program Cari Juara memanah dan gimnastik Pahang telah diadakan pada 26- 27 januari 2010. SUKPA Kuantan Pahang telah menjadi lokasi ujian untuk pelajar-pelajar berumur diantara 6-15 tahun. Program ini adalah kerjasama diantara Cawangan Mengenalpasti Bakat Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Pahang. Bagi Cari Juara gimnastik, seramai 52 orang pelajar telah menghadiri ujian pada 26 Januari bersamaan hari selasa. Manakala esoknya, 155 orang pelajar telah menghadiri Ujian Cari Juara Memanah. Program ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang jitu dari kedua-dua pihak. Diharap Program Cari Juara ini dapat menghasilkan bakat-bakat baru pada masa hadapan.











Antara Bateri Ujian yang dijalankan untuk CJ Gimnastik









Antara Bateri Ujian yang dijalankan untuk CJ Memanah

Wednesday, January 20, 2010

Sorotan Program Juara Rakyat 2010

9 - 10 Januari 2010

Institut Sukan Negara Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan diberi kepercayaan untuk pameran sukan di Program Juara Rakyat 2010 bertempat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 - 10 Januari 2010 yang lalu.
Antara Cawangan/Bahagian yang terlibat adalah Pusat Pemakanan, Pusat Maklumat, Komunikasi Korporat, Pusat Biomekanik dan TID. Pameran ini berjaya menarik ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak yang ingin menceburi bidang sukan.