Wednesday, November 27, 2013

Pertukaran SPADE kepada Pusat TID

Salam sejahtera, Setelah selama 1 tahun ++ pihak kami menggunakan nama cawangan SPADE kini telah bertukar kepada Pusat TID. Ampun maaf jika kami terlalu lama untuk tidak mengaktifkan blog kami ini. Mungkin selepas ini pihak kami akan mula kembali aktif dengan memberikan anda pelbagai informasi mengenai program-program TID ataupun mengenai sukan. - Ashriq Aman

Thursday, February 23, 2012

Program-program Cari Juara Cawangan SPADE 2012:

Program-program Cari Juara Cawangan SPADE 2012:


1)Kursus dan Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) SMK Zon R1, Wangsa Maju
Tarikh : 22/2/2012
Masa : 9.00-2.00 ptg
Program ini melibatkan seramai 65 orang murid Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil pilihan matapelajaran sains sukan untuk Sijil Pelajaran Malaysia. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap pengendalian serta protokol-protokol ujian TID Am serta menguji tahap kecergasan murid-murid yang juga merupakan atlet-atlet sekolah terbabit.

2) Program Cari Juara Berbasikal peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Velodrome Cheras

Tarikh : 25/2/2012
Masa : 8.00-1.00 tengahari
Program ini melibatkan kerjasama antara Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Institut Sukan Negara melalui Cawangan SPADE serta Persatuan Berbasikal KL untuk memilih atlet-atlet berpotensi bagi mewakili WPKL. Seramai 40 orang peserta bakal diuji tahap fizikal, kecergasan serta bakat dalam sukan berbasikal

3) Program Cari Juara Berbasikal Peringkat Johor Darul Takzim Mersing, Johor

Tarikh : 10-11/3/2012
Masa : 8.00-5.00 petang
Program Cari Juara ini pula adalah inisatif Majlis Sukan Negeri Johor, Cawangan SPADE serta Pusat Satelit Johor (Larkin) bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan bagi mewakili negeri Johor di peringkat SUKMA kelak. Seramai 150 orang peserta dijangka menyertai program ini yang terdiri daripada aktiviti ujian TID serta klinik berbasikal yang dianjurkan oleh pihak MSN Johor.

4)Cari Juara Pahang 2012 Kuantan, MSN Pahang

Tarikh : 27-29/3/2012
Masa :8.00-5.00 petang
Cari Juara peringkat negeri Pahang ini bakal melibatkan sebanyak 9 jenis sukan iaitu memanah, olahraga, bola tampar, badminton, gimnastik, gimrama, kayak, menembak dan angkat berat. Seramai 600 orang peserta secara keseluruhan akan menyertai program ini.

Wednesday, March 16, 2011

Pengumuman.

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Mengenalpasti Bakat (TID), Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) telah bertukar nama kepada Cawangan Penggalakan Sukan dan Pembangunan Atlet atau lebih dikenali sebagai Cawangan SPADE (Sports Promotion And Athletes Development) berkuatkuasa serta merta seperti yang telah diputuskan melalui Mesyuarat Pengarah - Pengarah ISN Bil. 1/2011 bertarikh 4 Januari 2011. Petukaran nama ini adalah sejajar dengan perkembangan fungsi dan penambahan bidang tugas Cawangan SPADE.

Cawangan SPADE bukan sahaja mencungkil bakat - bakat baru di seluruh negara dan pembangunan atlet muda melalui Program Asasi Atlet Multi Lateral, malah memberi tumpuan kepada pembangunan sukan kepada kanak - kanak seawal usia lima tahun. Aspek kecergasan dan mempromosi gaya hidup bersukan untuk setiap peringkat umur adalah sebahagian objektif Cawangan SPADE.

PERANAN
• Memperluaskan tapak penyertaan bakat - bakat baru seawal umur lima tahun yang berpontensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti.

• Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenal pasti bakat yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri, Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Negeri / Daerah, Majlis Sukan Negeri dan Kelab Sukan Komuniti di seluruh Malaysia.

• Membentuk norma kecergasan atlet yang berpotensi (bakat – bakat baru) mengikut kategori umur di seluruh Malaysia.

VISI
Mengenal pasti bakat – bakat baru yang berpotensi di seluruh negara.

MISI
Menguji dan mengenal pasti bakat - bakat baru yang berpotensi di seluruh negara melalui Program Tunas Gemilang, Program Cari Juara, Program Asasi Atlet Multi Lateral serta Program Penggalakan Sukan secara berterusan.

OBJEKTIF UTAMA
1 ) Memperluaskan tapak penyertaan bakat - bakat baru seawal umur lima tahun yang berpontensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti melalui program – program seperti :

i ) TID Am ( awalan, pertengahan, akhir)
ii ) Tunas Gemilang
iii ) Cari Juara (Sukan Spesifik)
iv ) Program Asasi Atlet Multi Lateral
(Latihan Pembangunan Asas Kemahiran Sukan)
v ) Penggalakan Sukan

2 ) Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenal pasti bakat yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, MSSM / Negeri / Daerah /Sekolah, Majlis Sukan Negeri dan Kelab Sukan Komuniti seluruh Malaysia.

3 ) Menjalankan kursus – kursus di peringkat negeri dan kebangsaan untuk jurulatih dan penguji dalam bidang pengukuran dan penilaian serta menguji atlet baru mengikut protokol pengendalian ujian.

4 ) Mewujudkan minat dan budaya bersukan secara berterusan melalui Program Penggalakan Sukan.

5) Menganalisis data peserta program dan menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional.


PERKHIDMATAN

1. UNIT MENGENALPASTI BAKAT
• Ujian Tunas Gemilang
• Ujian TID Am
• Ujian Cari Juara ( TID Spesifik)
• Ujian Intermediate TID


2. UNIT SUKAN MUDA
• Program Asasi Atlet Multi Lateral (Latihan Pembangunan Asas Kemahiran Sukan)


3. UNIT PENGGALAKAN SUKAN

Pameran dan promosi sukan


4. UNIT DATA DAN STATISTIK
• Menganalisis data peserta program.
• Menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional.

Monday, February 7, 2011

TAHUN BARU MISI BARU 2011

Jumaat 14 JANUARI 2011
BENGKEL MANUAL ASAS SUKAN SPESIFIK (DIBAHSUAI)SUKAN MUDA (PROGRAM ASASI ATLET MELALUI MULTILATERAL)

Unit Sukan muda, Cawangan SPADE(TID)dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Bengkel Manual Asas Sukan Spesifik (diubahsuai) Sukan Muda melalui program Multilateral pada 10-14 Januari 2011 bertempat di Pusat Satelit ISN Melaka, Stadium Hang Jebat, Melaka.

Bengkel ini melibatkan seramai 4 orang Panel Jurulatih Program Asasi Atlet melalui Multilateral bagi sukan yang terpilih. Bengkel ini adalah bertujuan untuk menghasilkan buku manual bagi sukan spesifik (diubahsuai).Manual yang telah siap dihasilkan adalah bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan oleh Intruktur dan Fasilitator Sukan Muda dalam melatih pelajar-pelajar dalam Program Asasi Atlet melalui Multilateral di pusat-pusat yang terlibat. Di antara sukan-sukan yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada sukan Memanah, Hoki, Bola Sepak dan Olahraga.



7 FEB 2011
PROGRAM HOKI I MAS DI SELURUH MALAYSIA

Cawangan SPADE (TID), Institut Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Hoki Malaysia melalui Projek Hoki I MAS di seluruh Malaysia telah mengadakan ujian kecergasan "Cari Juara" kepada semua atlet di setiap pusat latihan Hoki I MAS di seluruh negara. Program ini akan bermula dari 21 Januari 2011 sehingga 19 Februari 2011. Ujian kecergasan ini adalah bertujuan untuk menilai dan memantau tahap kecergasan atlet-atlet hoki di bawah pusat latihan tersebut.

Program Hoki 1 MAS ini dibahagikan kepada 3 kumpulan (A,B,& C).Program ini merangkumi 3 zon iaitu zon utara, zon selatan dan zon timur. Projek 1 MAS mempunyai 14 buah pusat latihan seluruh Malaysia.

KUMPULAN A (Zon Utara)
PERLIS - PADANG HOKI KANGAR (24/1/2011 @2.00-7.30 petang)
PULAU PINANG - SEKOLAH MENENGAH MUTIARA IMPIAN (25/1/2011 @2.00-7.30 petang)
PERAK - STADIUM SULTAN AZLAN SHAH,IPOH (28/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
KEDAH - STADIUM HOKI MPSK, SUNGAI PETANI (29/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
SABAH - STADIUM HOKI LIKAS,KK (19/2/2011 @ 2.00-6.30 petang)

KUMPULAN B (Zon Selatan)
KUALA LUMPUR - STADIUM HOKI KL (22/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
TERENGGANU - STADIUM HOKI MBKT,KUALA TERENGGANU (26/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
KELANTAN - PADANG HOKI KOTA BHARU (28/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)

KUMPULAN C (Zon Timur)
JOHOR - STADIUM HOKI MBJB,JALAN TEBRAU (22/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
MELAKA - STADIUM HOKI MBMB, BUKIT SERINDIT (24/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
NEGERI SEMBILAN - PADANG HOKI TAMPIN,SMK TUNKU BESAR (25/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
SELANGOR - STADIUM PANDAMARAN,KLANG (29/1/2011 @ 2.00-7.30 petang)
SARAWAK - STADIUM HOKI SARAWAK,KUCHING (12/2/2011 @ 2.00-7.30 petang)





Saturday, June 5, 2010

Klinik Little Champs 5-7 Jun 2010

Institut Sukan Negara sekali lagi menganjurkan Klinik Little Champs dari 05 hingga 07 Jun 2010 di SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman, Pontian, Johor Darul Takzim.

Program Klinik Little Champs Pontian di adakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kemahiran asas sukan kepada kanak-kanak yang berusia di dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun di negeri seluruh Malaysia selaras dengan visi “Mengenalpasti Bakat-Bakat Baru Yang Berpotensi Seluruh Negara”.

Objektif utama klinik ini ialah untuk memperkenalkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sukan dari peringkat awal serta memberi pendedahan kemahiran asas sukan dan asas-asas sains sukan kepada mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, ia di harap dapat memupuk disiplin dan menanam serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan peserta dan juga kerjasama di antara mereka tanpa mengira kaum. Akhir sekali ialah untuk menggalakkan penglibatan dan sokongan daripada ibubapa yang aktif secara berterusan.

Setelah menguji dan menganalisa seramai 1,200 orang kanak-kanak dari enam buah sekolah di daerah Pontian, hanya 150 orang kanak-kanak terpilih untuk mengikuti Klinik Little Champs. Peserta terdiri daripada 72 orang perempuan dan 78 orang lelaki. Tiga jenis sukan akan terlibat dengan aktiviti klinik ini iaitu memanah, hoki dan bola sepak. Setiap sukan terdiri daripada 50 orang peserta dan akan di pantau oleh 12 orang fasilitator serta tenaga pengajar yang bertauliah.



Klinik Little Champs 2010
SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman
Jun 5-7, 2010



Program:-

Sabtu, 5 Jun, 2010
11:00am – 1:00pm Pendaftaran Peserta/Panel/Instruktur/Fasilitator
1:00pm – 02:00pm Makan Tengahari
2:00pm - 4.00pm Taklimat Peserta Panel/Instruktur/Fasilitator
4:00pm - 4:30pm Minum Petang & Solat
4:30pm - 6:30pm Sesi Suai Kenal

Sunday, 6 Jun 2010
8:00am - 9:00am Perhimpunan Pagi/Aerobik/Sarapan Pagi
9.00am - 9:45am Persediaan Sambutan Ketibaan tetamu Kehormat
10:00am – 2:00pm Majlis Pelancaran Klinik Little Champs
2:00pm - 4.00pm Sesi 1 – Bola Sepak, Memanah, Hoki
4:00pm - 4:30pm Minum Petang & Solat
4:30pm - 6:30pm Sesi 2 – Bola Sepak, Memanah, Hoki

Monday, 7 Jun 2010
8:00am - 9:00am Perhimpunan Pagi/Aerobik/Sarapan Pagi
9.00am - 9:45am Sesi 3 – Bola Sepak. Memanah, Hoki
10:30am – 11:00am Minum Pagi
11:00am - 1.00pm Sesi 4 – Bola Sepak, Memanah, Hoki
1:00pm - 2:00pm Makan Tengahari
2:00pm - 4:00pm Sesi 5 – Bola Sepak, Memanah, Hoki
4:00pm - 4:30pm Minum Petang & Solat
4:30pm - 6:30pm Sesi 6 – Bola Sepak, Memanah, Hoki

Tuesday, March 23, 2010

KEM SUKAN MUDA KEBANGSAAN-SARAWAK 2010

Muat Naik Oleh: Ahmad Ashriq Aman

Oleh: FIRDAUS BIN MOHD SUBBIAN
Firdaussubbian@isn.gov.my

Kem Sukan Muda Kebangsaan-Sarawak 2010 ini telah diadakan pada 15 Mac 2010 -18 Mac 2010. Kem ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang amat baik daripada semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Cawangan Pusat Satelit ISN Sarawak, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, fasilitator, instruktor dan guru-guru pengiring.
Seramai 60 orang murid daripada empat buah sekolah telah hadir dalam program ini. Empat buah sekolah di Sarawak yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sekolah Kebangsaan Sungai UD, Sekolah Kebangsaan Siang-siang dan Sekolah Kebangsaan Abang Man. Pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan ujian Tunas Gemilang- Multilateral 2008.
Antara sukan-sukan yang terlibat di dalam kem tersebut ialah bola sepak, memanah dan hoki. Kem Sukan Muda kebangsaan negeri Sarawak diadakan bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran sukan serta sains sukan kepada kanak-kanak yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.
Diharap pendedahan kem ini dapat memberi pengatahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar disamping dapat menghasilkan bakat-bakat yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.

“ 1 BELIA 1 MALAYSIA ”.


Aktiviti:








Perasmian Oleh Dato' KP ISN: