Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Mengenalpasti Bakat (TID), Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) telah bertukar nama kepada Cawangan Penggalakan Sukan dan Pembangunan Atlet atau lebih dikenali sebagai Cawangan SPADE (Sports Promotion And Athletes Development) berkuatkuasa serta merta seperti yang telah diputuskan melalui Mesyuarat Pengarah - Pengarah ISN Bil. 1/2011 bertarikh 4 Januari 2011. Petukaran nama ini adalah sejajar dengan perkembangan fungsi dan penambahan bidang tugas Cawangan SPADE.
Cawangan SPADE bukan sahaja mencungkil bakat - bakat baru di seluruh negara dan pembangunan atlet muda melalui Program Asasi Atlet Multi Lateral, malah memberi tumpuan kepada pembangunan sukan kepada kanak - kanak seawal usia lima tahun. Aspek kecergasan dan mempromosi gaya hidup bersukan untuk setiap peringkat umur adalah sebahagian objektif Cawangan SPADE.
PERANAN
• Memperluaskan tapak penyertaan bakat - bakat baru seawal umur lima tahun yang berpontensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti.
• Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenal pasti bakat yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri, Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Negeri / Daerah, Majlis Sukan Negeri dan Kelab Sukan Komuniti di seluruh Malaysia.
• Membentuk norma kecergasan atlet yang berpotensi (bakat – bakat baru) mengikut kategori umur di seluruh Malaysia.
VISI
Mengenal pasti bakat – bakat baru yang berpotensi di seluruh negara.
MISI
Menguji dan mengenal pasti bakat - bakat baru yang berpotensi di seluruh negara melalui Program Tunas Gemilang, Program Cari Juara, Program Asasi Atlet Multi Lateral serta Program Penggalakan Sukan secara berterusan.
OBJEKTIF UTAMA
1 ) Memperluaskan tapak penyertaan bakat - bakat baru seawal umur lima tahun yang berpontensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti melalui program – program seperti :
i ) TID Am ( awalan, pertengahan, akhir)
ii ) Tunas Gemilang
iii ) Cari Juara (Sukan Spesifik)
iv ) Program Asasi Atlet Multi Lateral
(Latihan Pembangunan Asas Kemahiran Sukan)
v ) Penggalakan Sukan
2 ) Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenal pasti bakat yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, MSSM / Negeri / Daerah /Sekolah, Majlis Sukan Negeri dan Kelab Sukan Komuniti seluruh Malaysia.
3 ) Menjalankan kursus – kursus di peringkat negeri dan kebangsaan untuk jurulatih dan penguji dalam bidang pengukuran dan penilaian serta menguji atlet baru mengikut protokol pengendalian ujian.
4 ) Mewujudkan minat dan budaya bersukan secara berterusan melalui Program Penggalakan Sukan.
5) Menganalisis data peserta program dan menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional.
PERKHIDMATAN
1. UNIT MENGENALPASTI BAKAT
• Ujian Tunas Gemilang
• Ujian TID Am
• Ujian Cari Juara ( TID Spesifik)
• Ujian Intermediate TID
2. UNIT SUKAN MUDA
• Program Asasi Atlet Multi Lateral (Latihan Pembangunan Asas Kemahiran Sukan)
3. UNIT PENGGALAKAN SUKAN•
Pameran dan promosi sukan
4. UNIT DATA DAN STATISTIK
• Menganalisis data peserta program.
• Menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional.
No comments:
Post a Comment