Tuesday, December 15, 2009

PROGRAM CARI JUARA TERENGGANU DAN KELANTAN


Program Cari Juara sekali lagi memulakan kempen pencarian bakat bagi sukan-sukan spesifik yang telah dijalankan di Kelantan Darul Naim dan juga Terengganu Darul Iman. Seramai 567 orang peserta dari daerah-daerah seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok dan Tumpat yang telah berjaya diuji yang mana bagi negeri Kelantan manakala bagi negeri Terengganu pula seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sukan Bukit Nenas.

Bagi Terengganu, program dijalankan di Sekolah Sukan Bukit Nenas. Pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat dijemput untuk menguji para peserta yang terlibat. Seramai 80 orang peserta telah berjaya diuji. Matlamat asas program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan para peserta. Susulan dari program ini, pihak Cawangan akan menjalankan ‘post test’ kepada peserta yang terlibat bagi melihat tahap prestasi semasa mereka samada meningkat ataupun perlu dipertingkatkan lagi.

Program Cari Juara di Kelantan telah berjaya menguji seramai 567 orang peserta. Rata-rata para peserta memberi kerjasama yang amat berkesan. Objektif utama program ini dijalankan adalah mencari peserta-peserta dalam lingkungan umur 9 sehingga 15 tahun yang berpotensi untuk dilatih bagi mewakili Kelantan dalam pelbagai acara. Terdapat 14 sukan yang yang telah dipilih oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kelantan iaitu badminton, ping pong, wushu, boling padang, sepak takraw, silat olahraga, jalan kaki, lompat pagar, tinju, memanah, gimnastik, gimrama, squash, sepak takraw, berbasikal dan angkat berat. Sebahagian daripada peserta yang berpotensi dipilih secara terus oleh jurulatih negeri untuk ditempatkan ke pusat-pusat latihan negeri.


Secara keseluruhannya, kerjasama yang berterusan dari pihak-pihak yang terbabit perlu diteruskan. Tujuannya adalah satu bagi menyemarakkan lagi industri sukan negara dengan bakat-bakat yang dapat mengharumkan nama MALAYSIA ke peringkat dunia.


PROGRAM CARI JUARA KELANTAN DARUL NAIM




“Catch Test”



20M Lari Pecut



Para peserta yang terlibat untuk program di Pasir Mas.



PROGRAM CARI JUARA TERENGGANU DARUL IMAN



Peserta sedang melakukan ujian ‘Extension Hold’



Lompat Jauh Berdiri



Jangkauan Melunjur



“Ruler Catch” untuk menguji ‘Reaction Time’



“Bleep Test”

No comments:

Post a Comment