Monday, December 21, 2009


PROGRAM KEM LITTLE CHAMPS 2009

Latarbelakang:

Program Kem Little Champs bakal diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kemaman, Terengganu pada 24-28 hb Disember 2009. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas sukan kepada kanak-kanak yang berusia 9-11 tahun yang telah terpilih daripada seramai 76,403 orang kanak-kanak berumur 7-11 tahun yang telah diuji di seluruh Malaysia. Bagi kem ini, seramai 130 orang peserta telah terpilih daripada 625 orang kanak-kanak yang diuji dikawasan Kemaman. Selain itu, terdapat penambahan 30 orang peserta daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dibawah Kem Bakat Nusa Mahsuri. Kem Little Champs ini adalah kesinambungan daripada program Tunas Gemilang yang telah diadakan pada 3 Julai-19 Ogos 2009. Kem ini adalah anjuran Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN dengan kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif:
Memperkenalkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sukan dari peringkat umur 7-11 tahun.
Memberi pendedahan kemahiran asas sukan dan amalan sains sukan kepada kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan.
Memupuk disiplin dan menanam nilai-nilai murni di kalangan peserta.
Menanam dan mengamalkan kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum dari pelbagai latar belakang.
Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibubapa yang aktif secara berterusan.

Aktiviti-aktiviti Kem:

1. Memanah 30 orang peserta
2. Hoki 30 orang peserta
3. Bola Sepak 40 orang peserta
4. Badminton 60 orang peserta

No comments:

Post a Comment