Friday, December 25, 2009

Little Champs Mengorak Langkah









25 Disember 2009 – Kemaman, Kem Little Champs mengorak langkah dengan jumlah penyertaan atlet-atlet muda yang terpilih seramai 130 orang iaitu 69 lelaki, 63 perempuan. Sukan-sukan yang tersenarai ialah sukan badminton seramai 57 orang, Hoki 25 orang, Bola sepak 22 orang dan Memanah 26 orang. Aktiviti ‘Ice Breaking’ memulakan langkah pertama dalam aktiviti kem diketuai oleh kem komandan iaitu En. Ros’haimi bin Mohd Yusoff. Sesi pada hari ini memuatkan aktiviti perhimpunan pagi, aerobik, teknik-teknik regangan otot, latihan kumpulan sorak ‘human wave’, aktiviti asas sukan spesifik serta little hero.

Monday, December 21, 2009


PROGRAM KEM LITTLE CHAMPS 2009

Latarbelakang:

Program Kem Little Champs bakal diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kemaman, Terengganu pada 24-28 hb Disember 2009. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas sukan kepada kanak-kanak yang berusia 9-11 tahun yang telah terpilih daripada seramai 76,403 orang kanak-kanak berumur 7-11 tahun yang telah diuji di seluruh Malaysia. Bagi kem ini, seramai 130 orang peserta telah terpilih daripada 625 orang kanak-kanak yang diuji dikawasan Kemaman. Selain itu, terdapat penambahan 30 orang peserta daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dibawah Kem Bakat Nusa Mahsuri. Kem Little Champs ini adalah kesinambungan daripada program Tunas Gemilang yang telah diadakan pada 3 Julai-19 Ogos 2009. Kem ini adalah anjuran Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN dengan kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif:
Memperkenalkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sukan dari peringkat umur 7-11 tahun.
Memberi pendedahan kemahiran asas sukan dan amalan sains sukan kepada kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan.
Memupuk disiplin dan menanam nilai-nilai murni di kalangan peserta.
Menanam dan mengamalkan kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum dari pelbagai latar belakang.
Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibubapa yang aktif secara berterusan.

Aktiviti-aktiviti Kem:

1. Memanah 30 orang peserta
2. Hoki 30 orang peserta
3. Bola Sepak 40 orang peserta
4. Badminton 60 orang peserta

Tuesday, December 15, 2009

PROGRAM CARI JUARA TERENGGANU DAN KELANTAN


Program Cari Juara sekali lagi memulakan kempen pencarian bakat bagi sukan-sukan spesifik yang telah dijalankan di Kelantan Darul Naim dan juga Terengganu Darul Iman. Seramai 567 orang peserta dari daerah-daerah seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok dan Tumpat yang telah berjaya diuji yang mana bagi negeri Kelantan manakala bagi negeri Terengganu pula seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sukan Bukit Nenas.

Bagi Terengganu, program dijalankan di Sekolah Sukan Bukit Nenas. Pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat dijemput untuk menguji para peserta yang terlibat. Seramai 80 orang peserta telah berjaya diuji. Matlamat asas program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan para peserta. Susulan dari program ini, pihak Cawangan akan menjalankan ‘post test’ kepada peserta yang terlibat bagi melihat tahap prestasi semasa mereka samada meningkat ataupun perlu dipertingkatkan lagi.

Program Cari Juara di Kelantan telah berjaya menguji seramai 567 orang peserta. Rata-rata para peserta memberi kerjasama yang amat berkesan. Objektif utama program ini dijalankan adalah mencari peserta-peserta dalam lingkungan umur 9 sehingga 15 tahun yang berpotensi untuk dilatih bagi mewakili Kelantan dalam pelbagai acara. Terdapat 14 sukan yang yang telah dipilih oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kelantan iaitu badminton, ping pong, wushu, boling padang, sepak takraw, silat olahraga, jalan kaki, lompat pagar, tinju, memanah, gimnastik, gimrama, squash, sepak takraw, berbasikal dan angkat berat. Sebahagian daripada peserta yang berpotensi dipilih secara terus oleh jurulatih negeri untuk ditempatkan ke pusat-pusat latihan negeri.


Secara keseluruhannya, kerjasama yang berterusan dari pihak-pihak yang terbabit perlu diteruskan. Tujuannya adalah satu bagi menyemarakkan lagi industri sukan negara dengan bakat-bakat yang dapat mengharumkan nama MALAYSIA ke peringkat dunia.


PROGRAM CARI JUARA KELANTAN DARUL NAIM




“Catch Test”



20M Lari Pecut



Para peserta yang terlibat untuk program di Pasir Mas.



PROGRAM CARI JUARA TERENGGANU DARUL IMAN



Peserta sedang melakukan ujian ‘Extension Hold’



Lompat Jauh Berdiri



Jangkauan Melunjur



“Ruler Catch” untuk menguji ‘Reaction Time’



“Bleep Test”
PROGRAM CARI JUARA BERBASIKAL
SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR


Program Cari Juara Berbasikal Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Sekolah Sukan Bandar Penawar pada 7 – 9 Disember yang lalu yang mensasarkan kanak-kanak berusia 15 tahun kebawah berjaya mengumpulkan seramai 37 orang peserta. Sasaran awal pihak penganjur adalah seramai 120 orang, namun disebabkan beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan, hanya 34 orang peserta lelaki dan selebihnya merupakan peserta perempuan.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Negeri Johor dengan dokongan padu dari Institut Sukan Negara dan Sekolah Sukan Bandar Penawar ini turut dibantu oleh para pegawai dari Pusat Satelit Larkin dan juga Pusat Satelit Bandar Penawar selain guru-guru yang bertindak sebagai ketua kumpulan. Sebanyak 8 ujian spesifik untuk sukan berbasikal dijalankan seperti tinggi, tinggi duduk, berat, panjang depa, 20 meter lari pecut, tekan tubi, lompat menengak dan juga ujian bleep.

Secara keseluruhannya, kerjasama yang berterusan dari pihak-pihak yang terbabit perlu diteruskan. Tujuannya adalah satu bagi menyemarakkan lagi industri sukan negara dengan bakat-bakat yang dapat mengharumkan nama MALAYSIA ke peringkat dunia.


SEKITAR PROGRAM PROGRAM CARI JUARA BERBASIKAL
SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR





Peserta sedang terlibat dalam ujian ‘Bleep Test’